Assalamualaikum

Terima kasih kepada semua yang hadir dalam aktiviti Sunday Drive Hutan Lipur Lentang. Minta maaf juga diatas kelewatan waktu serta keadaan yang agak kelam kabut semalam. Apapun segalanya berjalan dengan lancar dan meriah. Terima kasih.

Saya ingin memohon maaf atas kelewatan saya ke tempat berkumpul. Pada saat akhir berlaku pertukaran tugas. Disebabkan kawan Zack yang menguruskan ayam terpaksa menyerahkan tugas kepada orang lain kerana isterinya accident. Atas sebab tiada orang lain untuk menguruskannya, saya dan Nan mengambil tugas menguruskan ayam tersebut. Selepas saya balik dari part time pada pukul 9.30mlm, kami pergi mencari ayam serta rempah-rempah untuk digunakan. Selama satu jam, akhirnya selesai. Kemudian semua ayam tu diserahkan kepada saya untuk membuatnya dan selesai pada pukul 2pagi. Atas sebab itu saya kelewatan bangun pagi dan banyak barang yang tertinggal. Apapun atas kerjasama semua, segalanya dapat dilakukan.

Minta maaf semua, saya memohon untuk meletak jawatan sebagai Bendahari dalam Yamcha Family kerana kesibukan tugas yang tak menentu sekarang ini dan ia akan berterusan. Minta maaf atas segala kesilapan dan kesulitan yang saya lakukan selama ini. Mohon dimaafkan.

Sekian

Dari
Yaniez

Kami satu famili akan sentiasa bersatu dan bersama tidak kira apa jua rintangannya.

0 ulasan: