
10.04.2009 - Seperti yang dirancang, beberapa ahli Yamcha Family hadir ke rumah Zuria untuk membantu memindahkan barang-barang ke dalam lori.
Sampai disana, barang-barang telah pun dimasukkan ke dalam lori. Hanya perlu mengemas dan mencuci rumah. Sesi gotong royong telah pun berlangsung sejak awal petang lagi. Ahli Yamcha Family, tidak dapat hadir awal kerana masing-masing bekerja dan dapat yang dapat hadir pun selepas bekerja. Kebetulan pula, sepanjang perjalanan terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas membuatkan kami semua sampai lambat ke rumah Zuria.

Ahli Yang Hadir
1. Acudeen
2. Zack
3. Yanie
4. Muza
5. Angah (Ahli Baru)
6. Ahli Baru


Setelah siap mengemas, kami semua membuat keputusan untuk lepak makan. Dan Zuria mengajak semua ke rumahnya untuk lepak makan. Ahli perempuan sukarela untuk memasak makanan untuk dimakan malam itu.
Turut hadir masa lepak tersebut adalah
1. Nan
2. Along
3. Dante

Mereka tidak dapat hadir semasa gotong-royong kerana masing-masing balik kerja lewat.

Pihak Zuria mengucapkan terima kasih buat semua yang hadir membantu dalam gotong royong dan juga semasa lepak tersebut.
Sekian.
By,
Yaniez
Kami satu famili akan sentiasa bersatu dan bersama tidak kira apa jua rintangannya.


0 ulasan:
Post a Comment