
13.04.2009 - Setelah lama tidak melepak dan berkaraoke, beberapa ahli Yamcha Family telah berkumpul di Restoran Zamer. Pada mulanya, hanya melepak dan berbincang mengenai baju Yamcha Family. Kemudian salah seorang ahli Yamcha Family memberi cadangan untuk pergi karaoke. Semua bersetuju untuk berkaraoke di Selayang Mall.
Kami berkaraoke selama sejam di Just K, Selayang Mall. Kemudian Acudeen mengajak semua bermain bowling. Pada mulanya masing-masing bersetuju untuk bermain satu game, tapi kemudian tambah kepada 2 game.

Ahli Yamcha Family yang hadir
1. Acudeen
2. Zuria
3. Zack
4. Yanie
5. Pejal

Selepas aktiviti tersebut, semua membuat keputusan untuk pulang ke rumah kerana esok semua bekerja. Kami berkumpul semua ke Petronas Sunway Batu Caves untuk mengambil kenderaan masing-masing dan pulang ke rumah.
Sekian saja.
Teko: Gambar credit dari blog Yaniez.
By,
Yaniez
Kami satu famili akan sentiasa bersatu dan bersama tidak kira apa jua rintangannya.


0 ulasan:
Post a Comment